Topic 1 Tidak, saya tidak setuju. Alat pemain MP3 dan internet tidak mungkin boleh menolong remaja dalam masalah-masalah ataupun segi pelajan. Mereka mencipta alat pemain MP3 untuk menghiburkan kita sahaja. Jika kita ada sahabat, seseorang itu boleh menolong kita dalam segi pelajaran ataupun mengongsi masalah. Kita harus mencari sahabat yang kita rasa kita boleh mempercayainya. Contohnya, jika kita menghadapi masalah yang susah untuk menyelesainya, kita boleh meminta pertolongan ataupun nasihat daripada sahabat. Saya tahu bahawa kini ramai remaja yang mengguna internet untuk menghabiskan kerja sekolah. Kadang-kadang pula, kita boleh menghadapi kesusahan memahami apa yang telah dikatakan di skrin. Ia pun boleh menghiburkan kita dengan bermain pemain secara 'online'. Tetapi, kita harus berhati-hati jika menggunakkan internet. Kita tidak sepatutnya melungsuri lelaman yang tidak sesuai ditonton ataupun muat turun benda-benda haram yang boleh mendatangkan virus. Jika kita ashik bergantung dengan internet sahaja, ia tidak mendatangkan hasil. Kita cuma membuang masa sahaja. Pada pendapat saya, jikalau kita tidak ada sahabat, kita akan berasa bosan dan jika ada masalah, tidak ada orang yang sudi menolong. Alat pemain MP3 ataupun internet tidak boleh membuat apa-apa. Kita pun harus menjaga persahabatan kita sendiri. Jangan sampai putus. Sahabat yang hebat, susah hendak di cari. Saya amat berbangga kerana saya mempunyai sahabat yang selalu disisi saya jika ada masalah ataupun ingin pertolongan. =) Topic 2
kenal ke? at 8:53 PM
Sunday, July 30, 2006
Ya, saya setuju bahawa internet tidak dapat dipasahkan daripada remaja sekarang. Pelajar-pelajar kini menggunakan internet untuk membuat kerja sekolahnya ataupun membuat kajian yang diberi oleh guru mereka masing-masing.
Pada pendapat saya, remaja kini menyalah-gunaan internet dengan melungsuri lelaman web yang tidak berfaedah. Kini pula, remaja bawah umur 16 tahun sudah pandai melungsuri lelaman yang tidak sepatutnya ditonton. Dan ada pula, mereka yang muat turun benda yang tidak senonoh dan 'post' benda-benda itu ke lelaman mereka sendiri.
Masalah-masalah yang sering timbul ialah virus-virus yang menjejas ataupun yang merosakkan komputer mereka. Ini kerana beliau telah muat turun benda-benda yang mengandungi virus yang kita tidak mengetahuinya.Oleh itu, kita harus pandai menggunakan internet dengan cermat. Jika kita menggunakan masa dengan internet sahaja, ia akan menjejas pelajaran kita dan tidak ada masa untuk membuat kerja sekolah kita. Pelajaran kita akan merosot. Sesetengah remaja sekarang yang berkomunikasi dengan kawan-kawan hingga larut malam. Jika seseorang itu sudah seronok bersembang, beliau tidak sedar bahawa beliau bersekolah keesokkan harinya. Remaja harus pandai membahagikan masa untuk pelajarannya.
Remaja boleh menjadi pengguna ruang siber yang berhemah tinggi dengan mempelajarinya dengan betul dan harus mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.
Saya dapat bayangkan tanpa kehadiran internet. Saya akan berasa bosan jika tidak mempunyai internet di rumah. Dengan adanya internet di rumah, ia amat mudah untuk saya membuat kerja sekolah saya dan juga bersembang dengan kawan sekolah saya. Jika saya ada masang pula, saya boleh melugsuri lelaman di mana adanya permainan 'online' dan bermainnya.
kenal ke? at 6:42 PM
Wednesday, July 19, 2006
Topik ke Tiga: Buli.
Pada pendapat saya, ramai remaja kini suka membuli terutama sekali kawan sedarjah mereka. Mereka selalu akan mengacau, memaki hamum ataupun mengejek kawannya itu seperti memanggil nama-nama yang tidak sepatutnya diberi. Mangsa-mangsa buli itu akan selalunya berasa tersinggung dan tertekan. Lebih kurang 95 peratus palajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami banyak buli-buli di sekolah mereka.
Pihak sekolah harus mengambil tindakkan. Mereka yang membuli kawan sedarjahnya harus didenda. Kes membuli akan berterusan jikalau tidak mengambil sembarang tindakkan. Beliau akan mengalami masalah yang rumit apabila mereka dewasa kelak. Ramai mangsa buli yang suka simpan hal-hal itu pada diri mereka sendiri kerana takut hendak memberitahu guru atau ibu bapa mereka. Jikalau saya menjadi seorang mangsa buli, saya akan memberitahu guru ataupun ibu bapa saya supaya saya tidak akan berasa tertekan.
Saya tidak pernah mengalaminya. Tetapi kawan sedarjah saya telah mengalaminya. Saya kasihan apabila beliau dibuli. Beliau seorang lelaki China. Setiap hari, kawan sedarjah saya akan membulinya dengan mempermainkan namanya dah juga nama bapanya. Beliau tidak berani hendak memberitahu gurunya. Beliau satu hari, memberitahu gurunya kerana beliau sudah serik apabila dikena buli. Beliau sampai ternangis-nangis. Kawan-kawannya telah dibawa ke pejabat guru besar untuk didenda.
kenal ke? at 7:17 PM
Monday, July 10, 2006
Pada pendapat saya, remaja-ramaja kini memasang tatu kerana mengikut nafsu mereka sendiri. Ada sesetengah remaja mengikut/meniru kawan-kawannya yang berpunya tatu di badan mereka. Ya, memasang tatu itu seronok tetapi, adakah mereka berfikir dahulu sebelum menaruknya? Apa faedah-faedahnya? Adakah mereka berfikir tentang perasaan ibu bapa mereka apabila mereka mengetahuinya? Pelbagai masalah-masalah yang akan timbul kepada seseorang yang ada tatu itu. Menghilangkan/membuang tatu itu amat sukar sekali. Ia memakai banyak wang dan seseorang itu mesti akan berasa pedih kerana rawatan laser itu seperti tusukan jarum-jarum.Kalau saya ada sahabat yang ingin bertatu, saya akan memberitahunya kesan-kesan yang akan berlaku kepadanya setelah memasang tatu.
kenal ke? at 7:51 PM
Monday, July 03, 2006
Pada pendapat saya, remaja sekarang membuat blog sendiri untuk meluahkan perasaan ataupun ingin menunjuk bahawa beliau seorang yang kreativ dan mahir dalam menulis. Ada diantara kita yang suka mengongsi pandapat atau menulis tentang apa yang mereka lakukan pada hari tersebut. Jikalau kita ada kawan-kawan atau saudara mara dari luar negeri, mereka boleh melungsuri blog kami.
Tetapi kini, ada pelbagai kes-kes penyalah gunaan blog seperti memberi komen-komen yang tidak berasas. Beliau tidak sepatutnya memberi komen-komen tidak berasas kerana ia boleh membuat seseorang itu berasa tersinggung ataupun berasa marah. Jika kita tidak berwaspada, ia akan melibatkan satu pergaduhan besar.
Kita sebagai pelajar tidak sepatutnya menghina atau memberi komen-komen yang tidak sopan tentang guru-guru di blog kami kerana ia tidak mendatangkan hasil. Jika seseorang diantara kami yang tidak suka kepada guru-guru, beliau harus berterus-terang ataupun memberitahunya dengan cara bersopan-santun. Untuk menjadi seorang pengguna blog yang bijak dan beretika, elakkan dari menulis komen-komen yang beransur perkauman dan menulis perkara yang kami buat pada hari tersebut ataupun pendapat kita sendiri.
kenal ke? at 8:37 AM
TENTANG SAYA
siti nur zahidah bte jonid.
15 tahun.
sekolah menengah Fuhua.
gemar melukis, meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga tercinta.